BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Friday, May 01, 2015

BAGAIMANA MELUKIS SAJAK CINTA?



Sajak cinta
Tidak perlu dilukis tinta
Kerana ia menjadi sebahagian jiwa
Yang sendiri puitis berkata-kata

Jadikan ia tidak berupa
Penuh teka dan tanya
Membuat persoalan-persoalan gelora
Yang penuh madah pujangga

Sajak cinta
Tidak perlu ditulis nama
Biarkan ia mengalir dengan falsafahnya
Dan cinta akan bernyawa
Untuk setiap hari-hari luka.

Percayalah,
Itulah sebuah sajak cinta.


KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH





No comments:

Post a Comment