BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, May 13, 2015

Menjadi Kekasih Tuhan



Kita sebenarnya tidak pernah sendirian
Kita adalah kekasih tuhan
Akrab lebih dari teman

Dalam setiap sujud sembahyang
Dan dalam esak tangisan
Tiada jarak yang memisahkan
Ada cinta yang mendekatkan
Dalam kasih kepada tuhan

Kerana tuhan tidak cipta
Sebuah kehidupan kita
Dengan tiada makna

Bercintalah dengan tuhan
Hidup ini juga pinjaman
Sebelum dijemput pulang
Ke negeri asal kejadian.

KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH.


*Terbit di Majalah Dewan Tamadun Islam Edisi Oktober 2015

No comments:

Post a Comment