BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Thursday, May 19, 2016

RAKSI HARAP YANG MEWANGI



Ada raksi yang mengharum
seperti cinta yang kekal ranum;
            tumbuh berjelaga dalam nafas naifku
            terus-terusan menggoda rindu

pulangkanlah jasad dan jiwaku
seperti dahulu dan yang lalu
sama seperti waktu
aku tidak pernah mengenalimu.

KAMAR IMPIANA, PJ
19/5/2016



No comments:

Post a Comment