BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, May 18, 2016

PEREMPUAN YANG MENGEJAR MATAHARI


setiap pagi,
di dalam doanya dini
perempuan itu mahu menyunting matahari
hasratnya mahu membawa ke denyut nadi

siang hari,
perempuan itu setia berlari
polos mengejar sang matahari

malam hari,
perempuan itu berdoa dalam mimpi
agar dikabulkan segala permintaan hati

keesokan hari,
perempuan itu hanya mengejar sepi
sisa yang ditinggalkan matahari.

KAMAR IMPIANA, PJ
18/5/2016

No comments:

Post a Comment