lupakah kau pada
gerimis kelmarin
saat salam kau
masih terkirim
oleh bayangan
rindu
yang figura
tubuhnya bisu
kau lupa
mendongak langit hari ini
segalanya kelam
dalam dini
tali hanya
pengikat janji
yang berkulum
terikat belum pasti
janganlah kau
merayu seperti pengemis
biarlah tubuh basah
terkena gerimis
daripada mata
bengkak kerana menangis.
KAMAR IMPIANA, PJ
No comments:
Post a Comment