BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, May 18, 2016

MENJADI PERSAMAAN



kau datang menghulur air
dari dalam sebuah cangkir
        setelah aku terlalu lelah dan luka mengejar
        setia dulu yang telah terbakar

katamu:
       kita menjadi persamaan
       dalam ikatan kesetiaan

aku tersenyum meminum angan
yang digulakan keikhlasan.

KAMAR IMPIANA, PETALING JAYA
18/5/2016

No comments:

Post a Comment