BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, January 25, 2012

NOVELLA MALAM




Novella malam
Setitis dakwat aksara tumpah
Menyusuri perjalanan liku mindaku
Yang kadang-kala terlena dalam pura-pura
Menyarungkan hati hancur dan jiwa pilu
Namun meletakkan harga diri
Seputih suci melor harum
Di ceruk anjung desa

Di dalam novella malam
Aku kepilkan wajah bulan dan mentari bersatu
Dalam pawana mimpi gebu
Supaya di kesiangan hari
Dia tidak meronta-ronta kebosanan lagi
Supaya juga bumi tidak
Akan terus dahaga lagi
Dalam terik cahaya siang
Dan dingin kegelapan malam.


No comments:

Post a Comment