BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, January 25, 2012

KATA TERCIPTA CINTA!




Berlalulah sudah rindu itu ke dalam hatiku
Bertemunya dirimu membuat kalbu dibuai syahdu
Kau membuatku kesepian mencipta rindu

Mungkin itu kata pertama
Mencipta cinta ke dalam diriku
Sebuah senyuman yang mekar
Ranum kata rindu

Bahawa dahulunya aku pengembara sepi
Kehilangan arah dalam diri
Dengan langkah bersilih hari
Kau tembusi sebuah pintu hati
Bersama harapan beribu bahagia
Mengubat luka lama hilang
Dan memecahkan tembok derita
Lantas mengeringkan telaga sengsara

Tulus mencipta sebuah cerita cinta
Yang terhampar sudut gembira
Menyinari ceria ke segenap lembah jiwa
Sebaris katamu terciptalah cerita cinta kita!.

-ADNIELAURA-
KOTA BHARU

No comments:

Post a Comment