MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Wednesday, January 25, 2012
MIMPI KECIL DI PANTAI SRI TUJUH
Ke seberang biru laut china selatan menerpa wajah
Mimpi-mimpi ketika kecil berterabur meniti
Dua puluh satu musim menolak catatan tercinta
Sekian lama laut ini mengajak bergurau mesra
Menunggangi rakaman mimpi kecil
Ingin diwarnakan lakaran budi sejahtera
Seperti ceria dada langit Kelantan
Menghirup manisnya makna di tepian sri tujuh
Menjulang tinggi terbang layang-layang
Hilangkan gundah perawan awan
Suara ombak tidak sumbang bergelora
Menyulami bait indah makna
Bicara camar tidak berlagak hampa
Melayang gembira di atas tabir wajah lautan
Pokok ru hijau setia menanti perasaan angin
Menghantar cinta dari tuhan
Kerang kecil kadangkala menyinggahkan jiwa
Menabur senyum ceria pengunjung
Perlahan senja jingga menutup jendela siang
Membiar senyum bulan dan kerdip kejora
Menemani desak mimpi pantai
Usah khuatir duhai ombak!
Esok suara suria menegur sisir sri tujuh lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment