MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Sunday, January 22, 2012
EPISOD BERGERIMIS
Kau lemparkan belati tajam
Yang tertusuk menutup pintu kalbuku
Kau perbodohkan diriku dengan kata kasih
Meluahkan cinta ke dalam jiwa.
Kerana itu cinta,
Andai kau tahu sucinya aku pelihara
Gelisah bertamu di ruangan dada
Gundah menanti jawapan cinta
Lalu kuluahkan di dada pantai
Melukiskan derita hatiku
Menitipkan kata rindu padamu
Bingkisan madah indah
Berlalu dibawa deruan ombak
Yang menghempas halus deritanya
Membawa segala isi jiwaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment