BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Sunday, January 22, 2012

Jiwa terperangkap gerhana




Aku tahu gelora kalbunya
Dari sinar wajahnya
Memotretkan seribu keresahan
Biarpun bertenunkan halus senyuman kesabaran
Menghiasi molek kejujuran dirinya.

Aku tahu dia
Jiwanya terperangkap gerhana
Keperitan rona rasanya
Kesengsaraan kata tak terluah
Oleh kerenah jiwa

Keluhan hampanya semakin suram
Seolah lenguh menghadap perjalanan
Terpinggir di suluh penuh purnama

Semoga dia sentiasa bersama
Menempuh segala resah berbunga dugaan dunia.


No comments:

Post a Comment