BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, January 25, 2012

CITRA KASIH SAHABAT




Kita bersama telusuri lembah perjalanan usia
Tidak pernah mengalah dengan kesuntukan masa
Menghitung titisan hujan nikmat bersama
Warna-warna kelekaan terkedu bahagia
Menabur mekar perasaan sayang dan cinta

Tiupkan gelombang semangat bersama
Keberanian dalam diri hadir juga
Piung-piung kegagalan pernah menyinggahkan rasanya
Tapi dihalang oleh daerah impian
Kerana kita ingin melakar makna kejayaan
Menyusuri indah sinar hayat kita

Sahabat,
Jangan pernah tunduk kalah
Pada kerenah diri alpa
Mahupun kemalasan jiwa nyata
Sinarkan budimu dengan kejayaan sejahtera.


No comments:

Post a Comment