BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Sunday, January 22, 2012

ADAMku




Dalam setiap doa dialah ADAMku
Yang indah bukan hanya pada tampan wajahnya
Yang mulia bukan hanya pada sikap kasihnya
Tetapi harum wangi akhlaknya

Dan dia Adamku
Mengejar penuh nikmat pada akhirat
Biarpun laluan dunia dugaan ditempuh
Tenang dia mengutip selautan
Tinta ilmu pengetahuan
Dengan senyuman kebahagiaan

Dia Adamku
Yang akan aku terima nikahnya
Saat dia meluah sebaris kata
Meminta jiwa dengan sopan
Untuk meneruskan misi perjuangan kehidupan

Dan dia Adamku
Yang akan aku perlukan mendamping hati
Ketika cintanya bertasbih bersatu
Dalam lafaz janji Ijab Qabul
Berwalikan ayah dan bersaksikan keluarga

Itulah dia Adamku
Syurga cinta dunia dan akhiratku
Dalam seribu tangis detik itu
Aku berharap dibimbing bawah cintaNYA
Menyusur ke taman JannahNYA
Dengan redha Maha Esa.


No comments:

Post a Comment