BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, January 25, 2012

ANGIN RINDU FEBRUARI 2012




Bicara hatiku ingin berlari bebas
Ke 29 Februari tahun ini
Kerana tahun hadapan
Ianya bermalam di bawah redup malu
Sang bulan perindu.

Mungkin mencari taman selingkar cinta
Yang bertali di dalam laut alur penghidupan
Empat tahun lagi

Aku ingin bebas untuk berlari
Dan berlari mengejar awan hari itu
Kerana esoknya,
Di bawah sinaran matahari Mac
Mungkin aku dilamar sepi lagi
Atau mungkin di setiap lorong
Pertemuan empat tahun lagi
Ianya tidak akan semanis
Angin rindu 2012.

No comments:

Post a Comment