( Sebuah
Ingatan, Harapan dan Kesetiaan)
Aku mencintai sepi kegelapan
Kerana dengan tangisan
Dalam penuh ketakutan
Aku keluar mencari rembulan
Tatkala aku memandang gundah awan
Ada pula tangisan hujan
Merintik di dalam dada malam
Aku hanya senyum dalam kelam
Kerana setia ini berdugaan
Menguji resah sebuah perasaan
Namun aku tidak putus harapan
Lantas menadah kedua belah tangan
Berharap hanya pada tuhan
Untuk berjumpa rembulan
Di dalam sepinya kegelapan
KENARI
COURT, PANDAN INDAH
5 JULAI
2015
No comments:
Post a Comment