BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, July 13, 2015

Antara Sebuah Perjalanan, Kalah Menang Sebuah Kehidupan, Sesudah Sendirian





Di sini ada pelbagai rasa
Langit yang tidak pernah hiba
Bila sering kali dirundung kecewa

Antara sebuah perjalanan
Kalah menang dalam pertaruhan
Sebuah nafas bernama kehidupan
Yang mengucup mimpi gebu
Berbalut dugaan merimbun rindu

Dan dia perlu memulakan kemanusiaan
Mendinginkan perasaan
Meneroboskan sendirian.



PINGGIRAN CEMPAKA, PANDAN INDAH.
5 JULAI 2015


No comments:

Post a Comment