Aku menangis kerana Ramadan ini
tuhan menghantar seribu kebaikannya
yang aku rasanya sangat luar biasa
betapa dia menghantarkan sayangnya
betapa dia menghantarkan kasihnya
dan mempertuntunkan ke jalannya
kerdilnya seorang aku di sisinya
Aku menangis kerana Ramadan ini
tuhan menjawab segala persoalanku
yang membuat aku jadi kaku
betapa dia meleraikan keliru
betapa dia meleraikan waktu
dan membuatkan aku rindu
syahid di jalan-Mu.
PANDAN
INDAH.
No comments:
Post a Comment