BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, July 13, 2015

Suara Cinta Dedaun Kepada Rintik Hujan



Setiap waktu
tanpa jemu
dia memandang pekat gemawan dengan rindu
berharap rintik hujan luruh menggebu
membasahkan sukmanya yang bisu
bertemu
bercumbu
dan cinta datang bertamu

tanpa dia sedar
rintik hujan membawanya gusar
ranting perasaan patah tersasar
dan menjadi dedaun gugur
tandus ke dasar



JALAN TAR, KUALA LUMPUR
5 JULAI 2015


No comments:

Post a Comment