BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, July 13, 2015

Mencium Tanah Abadi





Aku akan mencium tanah ini
bukan di dalam mimpi
namun paling realiti
menjadi sebahagian jiwa hakiki

Aku akan mencium tanah ini
sesudah mengenal lelulur diri
dan awal keindahan peribadi
dalam kasih kepada ilahi

Aku akan mencium tanah ini
kemas dalam dakapan-Mu rabbi!


PASIR PEKAN, KELANTAN








No comments:

Post a Comment