BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, October 22, 2011

TAFSIR SEBUAH CINTA




Cinta sebuah mimpi indah
Tersegam dengan berjuta rasa
Mainan perasaan santun jiwa
Varia rindu yang datang
Bermakna apabila bersama
Bererti tatkala berpisah

Cinta kanvas rasa jiwa
Simbahan janji-janji manis terukir
Menyentap tikaman hati dan batin kalbu
Seribu dakapan memori
Masih mencengkam langit kalbu

Serpihan kejujuran pengikat cinta
Lelap dalam horizon asmara
Nyalaan kebahagian menyala
Ditepian baldu rindu
Begitukah kekuatan cinta?

Sebenarnya itu bukan cinta
Cuma gelora rasa
Yang penuh madah pujangga
Ombak yang menghanyutkan khayalan sebentar
Membuat jiwa gelisah menjadi tenang.

-ADNIELAURA-
P/S:Puisi ini keluar di dalam majalah remaja edisi 15 Oktober 2011.

No comments:

Post a Comment