BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, October 22, 2011

SAAT BERMANDIKAN HUJAN SEJAHTERA





Ritma senduan mengalunkan kehujanan hati
Menguap segar denyutan sejarah
Saat tertitip hembusan semangat
Lakaran tinta hujan makna
Kalam duka rerumpun kepiluan
Bermandikan baitan menyepi ke daerah minda

Jendela hayat terkena tempias rasa
Tanpa menyedari menyapa diri
Kesilapan memasung rintih hidup
Meranapkan kekuatan megah dewasa

Tangisan menyakitkan gundah jiwaan
Menjirus kepanasan lubuk dada
Tersembunyi angkuh menunggu hikmah
Menyapa lembut haruman seksa
Amati resah yang menyinggahkan derita
Memberikan nafas kata-kata bertaburan
Basmi ketakutan menerpa kalbu.


ADNIE BAHIAH
KUALA TERENGGANU




No comments:

Post a Comment