MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Saturday, October 22, 2011
PENTASKAN DIRIKU DI SINI
Aku berlari mengejar bintang
Ingin memetik gemerlipnya
Dari ruang mata kalbu
Ke episode penuh membiru
Logika khayalan misteri
Atas rasa sedar mengungkitkan diri
Pentaskan aku di sini
Bertimbun bukit impian dari madah mimpi
Untuk menggapai seganu memori
Bukan di perbibiran gunung kata
Pentaskan aku di sini
Tidak ingin melepasi halangan
Namun bukan jua alasan kemunduran
Pentaskan aku di sini
Kerana aku hargai hidup dan kesetiaannya
Lebih baik dari kebebasan melata
Nikmat indahnya sebuah nyawa
Harus dipergunakan sebijaknya
Tolong,pentaskan aku di sini!
Agar pengalaman silam tertiarap mulia
Moga segalanya berkekalan hingga akhirnya
Buat bekalan di penghujung waktunya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment