BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, October 22, 2011

ERTI PERASAAN INI




Jika aku jadi air matamu
Aku ingin hidup di pipimu
Dan mati di bibirmu
Tapi jika kau jadi air mataku
Aku tidak akan menangis
Kerana tidak ingin kehilanganmu,sayang

Aku masih menanti jawapan darimu
Apa yang harus kulakukan
Untuk mencuri perasaanmu
Tidakkah sukar untuk kau mengerti erti perasaan ini…

Izinkan cintaku berbunga dihatimu
Biar terus mekar jadi kenyataan
Telah lama kudahagakan cinta
Seorang insan sepertimu,sayang

Aku tahu hatimu sukar untuk menerimaku
Aku tahu kamu membenciku
Di atas segala luahan hatiku padamu
Tapi kumohon seribu kemaafan daripadamu

Aku tahu
Cinta sejati memang sukar untuk digapai
Tapi ada kalanya dapat dimiliki
Untuk mencari cinta sejati
Memerlukan pengorbanan yang tinggi



Demi untuk mendapat kebahagian selamanya
Cinta sejati hanya lahir dari hati
Yang tulus dan suci.

Cinta juga anugerah Allah SWT
Yang amat berharga kepada manusia
Untuk dimiliki dan dihargai

No comments:

Post a Comment