MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Saturday, October 22, 2011
KETIKA MENDAKAP HAYAT
Demi malam apabila telah sunyi
Rembulan juga tidak mengalah sepi
Di sembunyikan bintang melingkari buana
Sedikit demi sedikit
Memudarkan kedinginan malam bermesra.
Hening ini bertuntas segala kasihmu
Di atas sejadah rindu bertepuk
Melembar sujud seorang sufi
Jutaan malaikat mendodoikan hati
Munajat zikir mengemis rindu
Mengait alpa duniawi seketika.
Keindahannya keindahanmu terpancar taburan pesona ilahi
Kekuatannya kekuatanmu memancar cahaya mukjizat rezeki
Yang jauh Engkau perdekatkan
Yang hampir Engkau permudahkan.
Ya Muhaimin,
Pujian sebanyak bilangan ciptaan agungmu
Sebagaimana tatasuria menerangi bumi
Hembusan nafas masih merasai kekalnya kekuasaanmu.
Ketika bumi menjunjung mentari
Detik berlalu memukau hayat insan
berlindung di bawah pancaran nikmatmu
tetap tidak menyatakan syukur.
Ya Qayyum,
Saatnya akan tiba
Tatkala Engkau memalingkan mentari ke barat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment