BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, March 11, 2015

MENGULANG WAKTU



Bolehkah aku kembali mengulang waktu
Dan kau tanpa lelah akan tetap menungguku
Di tebing hayat pilu
Di  dalam gebuk-gebuk buku
Di dalam berseleraknya ilmu
Kau tetap setia menunggu di situ

Pantas, jika diulang waktu
Aku akan berlari kepadamu
Tanpa tangis bisu
Dalam senyuman menggebu
Melerai segala rindu


p/s: tersiar di Dewan Siswa edisi Januari 2017


PELUKIS KATA ITU AKU



Pada saat lain dia menyamakan aku
Dengan pelukis kata lain
Aku menyepi dalam paluan rasa
Namun aku pendamkan saja
Menjadi satu rencah perasa
Biarpun berjeda seketika

Walhal aku melukis kata lain dari biasa
Biarpun menggunakan aksara kata yang sama
Kotak fikirku tetap sukar dibaca

Dan ternyata dia kecewa
Kerana aku punya jiwa
Yang berirama berbeza
Dengan yang lainnya.




TETAP SETIA



Kau tahu siapa antara kita
Yang akan tetap setia
Melontarkan resah rasa
Dan menjadi seorang pencinta
Terus berirama dalam paluan jiwa

Mungkin aku akan menunggu sampai tua
Menjadi seorang pencinta kata
Dan kau akan memungkin rasa
Supaya dalam hujan air mata
Kita tetap punya nyawa
Untuk terus tetap setia
Pada satu hakikat berbeza.

Biar di mana-mana
Kita terus mendakap pawana senja



p/s: telah tersiar di Dewan Siswa Edisi Jun 2016

SESUDAH HUJAN MENGGEBU!




Hujan dan sebuah perasaan
Memang segalanya keajaiban dari tuhan
Rintiknya menggebu mengenai kalbu
Dan ianya membasahkan pilu

Tuhan,
Teguhkanku menjadi pencinta-Mu
Dalam jasad rindu
Dan engkau akan membuka doa
Doa yang berkesip dalam jiwa
Biar bermandikan sejahtera

Tuhan,
Aku pencinta pelangi-Mu
Adakah pelangi akan muncul sesudah hujan?



*Tersiar di Majalah Dewan Tamadun Islam Edisi Februari 2016


Sunday, March 08, 2015

RINTIK-RINTIK SUKAR





Lewat petang itu,
Rintik sukar luruh menggebu
Mengenai tubuh mulusku
Yang sedang ralit membaca buku

Lantas kukuak jendela waktu
Merasai rintik-rintik pilu
Jatuh ke dalam tanganku
Dingin membasahi kalbu

Dan ada guruh menakutkanku
Bunyinya berdentum laju
Terus kututup pintu
Takut bertalu-talu

Dan aku tahu,
Aku sendiri di kota batu
Perlu kuat dan tidak layu
Mengharungi hidup demi ilmu
Mencari destinasi untuk dituju



KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH
7/3/2015

5;15 PETANG

SEBUAH LAGU MEROBOH KALBU




Sebuah lagu
Meroboh kalbu

Sama seperti menggubal lagu
Yang tidak berlagu
Langsung tidak syahdu
Malah membebankan kalbu

Dan dia teringat sebuah janji
Sebuah sepi
Yang belum tertunai mimpi

KENARI COURT, PANDAN INDAH.


IBU, RINDUKU MENGGEBU PADAMU!





Saat aku coretkan tinta kalbu
Aku cemburu
Pada anak kecil itu
 bersama ibu

Aku tersenyum syahdu
Mengenang waktu-waktu berlalu
Bersamamu dulu

Berjalannya sukar waktu
Dan aku telah dewasa di hadapanmu
Perjuangan yang disokong padu
Penguat semangat selalu

Ibu,
Ratu hatiku,
Biarpun aku jauh beribu batu
Rindu padamu
Tetap menggebu!

Seikhlas kalbu,

Anakandamu