BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Sunday, August 14, 2011

MENJAMAH SEDIKIT RINDU!




Kau ciptakan seksa yang membara
Meranapkan lubuk dada dengan sembilu buta
Sungguh aku derita dalam tempias rasa
Permainan perasaan yang kau curah
Di segenap urat nadi cintaku
Rupanya hanya kepalsuan nyata
Sungguh aku terseksa menanggung resahnya.

Rumput kasih yang kau pijak kian menampakkan rupa
Biarpun tidak seindah bayangan auramu
Ribut sengsara kau cipta sebenarnya memberi nafas baru
Dalam setiap langkah perjuanganku.
Mendung berkelam dalam hati telah beralih arah
Dan mekar menampakkan bunga bahagia

Terima kasih cinta!
Pernah hadir menyinar suatu ketika dulu
Biarpun meninggalkan lopak-lopak sengsara
Yang masih menakung air rindu di dalamnya.

Oh cinta! Terima kasih menyinggahkan rasa
Buat menikam kalbuku manja
Impian cinta yang berputar di ruang kalbu
Akan dikenang setiap waktu
Kerana kau telah mengarang cinta itu
Di suatu sudut yang terindah di dalam hatiku
Akan ku jamah ia selalu
Sebagai pengubat kasih rindu
Yang tidak terzahir oleh lukisan kata lain.

Kiriman:Adnielaura
adnielaura@hotmail.com

P/S:keluar di dalam ruangan ilhamku REMAJA edisi 1 ogos 2011.

Saturday, June 25, 2011

NOTA CINTA YANG TERLAYANG





NOTA CINTA YANG TERLAYANG
(Dari putera kasihku dan aku hanya mengaspirasikannya)

Terlontar suara hati ditinta nota
Sekadar sebuah makna mekar sanubari terlukis di kalbu
Saat menggenggam janji cinta ini
Rindu terlayang dari jendela puisi
Telah kuhembus nafas seluruh jasadku kepadamu

Aku tahu aku tak mampu meneruskannya sendiri tanpamu di sisi
Aku bukanlah putera yang sempurna berbicara soal kasih bersama puteri tercinta
Cinta kita kukuh kerana Ilahi
Cinta ini tidak terwaris sesiapa

Nota kecil ini terlayang buatmu
Bukan sekadar aku ingin mengaspirasikan cintaku
Aku cuma ingin mengingatkan diri bahawa
Aku terlalu menyintaimu.

Keluar REMAJA edisi 15 Jun 2011

Wednesday, April 06, 2011

GUSAR JANUARI





Pementasan gelombang wajah sepi

Nikmat cinta penghujung duka

Berbau kesengsaraan membingit deria

Tersimpan segenap sendu gelisah

Gelora januari berombak ganas



Wajah langit keangkuhan mengasak

Menjengah hari-hari derita

Hajat tertunda mengorak bahagia

Gusar bermukim merajai gundah hati



Ruang mentari pula beria melabuh bahagia

Menghayatkan ritma tabir terbuka

Melarang getar memekik ketakutan



Setiap helaian nafas berputar

Gentar meledak di dada silam

Berdebar menanti bayangan esok.




                                                                                    
-tersiar di Mingguan Malaysia pada 16 januari 2011
~permulaan untuk tahun 2011~

Monday, October 25, 2010

MENGEJAR BEBAYANG WAKTU

                           

                           
Senja derita mencabar sabar duka
Awan mendung mengandung titis resah
Pengaliran takdir tertetap tegak
Diburu jela hayat hari


Semalam kemanisan meleret indah makna
Memaut tikaman kesementaraan kehidupan
Hari ini nikmat diasak megah nyala
Tiada meneduhkan redup bahagia
Esok masih bernafas menghirup segar keangkuhan
Lakarannya terbias luka langit petang


Tanpa sedar lingkaran lusa berputar
Bebayang waktunya meninggal tanpa jejak
Tertunda mengeja cerah dunia

                                                        
                                                              KUALA TERENGGANU
                                                               24 OKTOBER 2010

Monday, October 04, 2010

MENCANTING MAKNAWIAH LAILATULQADAR


 Dihamparan ini meminta secebis maknawiah
Menagih kasih lailatuqadar
Bertahajjud melukut dancingan dosa
Mengembara di tiap-tipa lembah keinsafan
Termangu kekesalan duniawi
Rasa gerun berbatik dihati
Takut tidak layak menjenguk syurgamu

Malam inilah nikmat seribu malam
Kemenangan sesudah kezaliman nafsu
Memasuki setiap hati-hati manusia
Ruang melimpah keampunan termahal
Mendambainya selagi seru hayat meniti


KUALA TERENGGANU
19 SEPTEMBER 2010
MINGGUAN MALAYSIA

Tuesday, September 29, 2009

melukut pada lailatulqadar

Aku menanti sinarnya untuk mencipta ketenangan
menghampar hati bersujud pada tuhan
terpantul garis-garis resah dan gundah
jiwa bertahjud minda bertasbih
mengingatkan dosa yang sudah

Kalbu melukut mendakap takdir
membilang nikmat zikir
membasah bibir bertadarus ayat-ayat suci
biar sesekali hati mengingati mati
sepuluh malam terakhir diteguhkan cinta rabbi.

p/s:sajak ini tersiar dalam ruangan sastera Mingguan Malaysia pada 20 september 2009 bersamaan 1 syawal 1430h.

Sunday, September 27, 2009

Angel oF HeArT

The Snow fell,leaving a halo of white upon your lead
And that's when I said
"can I call you Angel?"

You looked at me with suprise
but I could see it into your heart's eye
and I know it better

As you sang silent night
your beautiful voice put me at ease
and I asked please
"can I call you Angel?"

A smile came to face with serenity and grace,
but you said not award
In my darknest hours you held my hand
never leaving my side,and i said,while I cried,
"can I call you Angel?"

You then never began wipe the tears away
and erase all gray in my sweet life
you led me down a path of gold
telling me of creator above
& again I asked with a greater love
"can I call You Angel"??????

You never answered my plea,
So I fell to my knee in prayer
As I opened my eyes,I could see you before me
your wings spreas and a golden halo again upon you
head and one last time I said..

"My Beloved Friend,Can I call You Angel???"

But still not Ansewering my question...
I"m Be waiting that moment.