BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Showing posts with label puisi(kw101). Show all posts
Showing posts with label puisi(kw101). Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

melukut pada lailatulqadar

Aku menanti sinarnya untuk mencipta ketenangan
menghampar hati bersujud pada tuhan
terpantul garis-garis resah dan gundah
jiwa bertahjud minda bertasbih
mengingatkan dosa yang sudah

Kalbu melukut mendakap takdir
membilang nikmat zikir
membasah bibir bertadarus ayat-ayat suci
biar sesekali hati mengingati mati
sepuluh malam terakhir diteguhkan cinta rabbi.

p/s:sajak ini tersiar dalam ruangan sastera Mingguan Malaysia pada 20 september 2009 bersamaan 1 syawal 1430h.

Saturday, July 25, 2009

pelukis masa


kisah rindu membuak kembali
Aku hanya pelukis masa
mengejar himpitan kecewa lalu
malakar duka penjuru takdir
dalam randik lara bersendu
tiada berlagu hampa
warna irama memecah kalbu
kebuluran senja waktu pilu
tinta hayat bertasbih nikmat
disitu berlabuh titian gulana
menenggalami alpa duniawi
mesra tiada bergempita
menyusul kehibaan hina
memotretkan garis-garis resah
terima kasih tuhan!!
kerana aku masih meneguk nikmat kurniamu
mengecap ruang tabirmu
dan nyawa masih bernaung
pada jasad kudus ini....