MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Saturday, March 17, 2012
MERANGKUL IRAMA MERDEKA
Membangkit ertinya sebuah zaman
Sebelum menyusuri rahmat yang kian bergempita
Kita susuli lembah kehangatan derita
Merobek resah kalbu warga
Dalam mendongak sebuah rasa
Gemuruh kita usir noda penjajah
Titisan darah terakhir tercurah
Ada jiwa menguris duka di situ
Kini kemesraan terpapar bahagia
Tiada lagi calar derita berjela
Anak-anak bersenda loka
Hanyut dalam pengembaraan masa
Sedang yang tua meniti usia
Merasa nikmat merdeka yang masih bersisa
Dan angin ini melunturkan segala gundah
sesyahdu irama kemerdekaan yang kita kecapi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment