MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Saturday, March 17, 2012
LUAHAN HATI SESEORANG
Tidakku cintamu kekasih
Kerana balasan yang engkau janjikan dulu
Untuk sebuah taman yang mengalir sungai kebahagiaan
Sungguh tidak kesampaian cintaku padamu
Seandainya terikat dan bersyarat
Pada hukuman cinta kita
Serasa pula adanya penuh tanda tanya
Hanya satu pengucapanmu
Yang aku pegang kini
Menjadi nadi hiduplah aku kerananya
Bersama janjimu restu penuh pasti
Berpisah kita kekasih
Zahir kau yang hilang
Ku cari pada gambaran nyata
Tidakku temu kau kekasih
Bayangmu oh di mana
Hinggakan aku hilang punca
Lalu aku kembali
Ke alam abadi bersama amanat janji
Kulihat engkau di sana setia menanti
Kekasih ku serahkan cinta satu kita
Lebih bermakna dari balasan kau janjikan
Walau kau duga bintang kejora
Menjadi intan tak ku hirau
Dalam sedar aku kembali
Di dalam lenaku kita seabadi
Siang dan malam hanyalah mimpi
Demi engkau kasih tidak ku peduli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment