BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, March 17, 2012

MENCARI DIRI DI LUBUK ILMU




Tatkala jiwa melangkah ke menara gading
Kalbuku gusar memeluk impian
Disini harapan berlabuh realiti
Maknawiah hati meronta padu
Mengucup lembaran kasih ilmu

Di sini memandu segala cita-cita
Ada manis persahabatan
Ada duka cinta
Penyesalan sebuah kegagalan
Pengorbanan sebuah kejayaan
Kemalasan nyata bukan penawar
Kerajinan bukan penghujung noktah

Waktu berdetik diburu
Menghampat kedewasaan berlalu
Berdikit kematangan variasi kepimpinan
Usaha dan tawakal mengiringi setiap langkah
Harapan dan mimpi ayahbonda tercinta.

No comments:

Post a Comment