BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Wednesday, August 03, 2016

Memintal doa-doa untukmu, sahabat


 (dedikasi untuk Mohamad Irwan Ahmad- 12/12/1990- 28/05/2016)

Sahabat
Genap dua purnama pemergianmu
Ke negeri abadi
Di sisi tuhan
Yang maha pengasih dan penyayang

Hanya air mata mengalir hebat
Tatkala mengetahui bahawa kematian itu dekat
Kepada pemberi hakikat

Tiada lafaz kata mampu dizahirkan
Hanya Al-Fatihah dan Yassin
Sebagai hadiah bekalan

Segala kenangan persekolahan masih manis terpahat
Sentiasa indah dan kekal erat
yang mampu dikenang hanya kenangan
Untuk persahabatan indah sepanjang zaman

Al-Fatihah



No comments:

Post a Comment