BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Thursday, July 21, 2016

SEBARIS PUISI YANG TERLUKA



malam itu aku tersenyum di depan puisi
hujan malam telah menghidupkan nafas seisi
aku bertanya khabar puisi,
masihkah dia memberi nafas seisi?

aku tahu dia menulis puisi yang sakit
dari jantung jiwanya yang perit
terus luka puisi itu berdarah
merebak menjadi ruang-ruang amarah
gundah suara puisi yang sentiasa ada
resah puisi yang mendikit hangat dada

dia membilang nikmat yang tidak berkesudahan
puisi menggelepur rebah kebasahan
sedang puisi adalah kata-kata
yang datang dengan air mata

dari kamar jendela kaca
 tinggal sebaris puisi yang terluka
dihiris hempedu kata-kata
ku lihat ada darah mengalir hiba
ada jiwa, ada lara, ada hangat air mata
sentiasa menyeksa.

KAMAR IMPIANA, PJ

21/7/2016

No comments:

Post a Comment