BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Saturday, July 16, 2016

RESAH RASA DI HARI ULANG TAHUN



Ketika kulewati kenangan-kenangan
mencurah disebalik dingin debu
gambar-gambar kedewasaan bertamu
tentang kesepian yang mengurung hati

pada getar rasa terakhir
adalah nafas langit di atas air
resah yang terseksa dada
bulan yang kurangkul di riba
tersimpan pekik rindu nestapa.

KAMAR IMPIANA, PJ

14/7/2016

No comments:

Post a Comment