BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Friday, September 04, 2015

Selamat Ulangtahun Si Bongsu


(Kekasih Kecil Kesayanganku)

Selamat Ulangtahun Si Bongsu
Kekasih Kecil Kesayanganku
Melihat tumbesaranmu
Adalah satu peralihan waktu
Yang aku dakap dalam sendu
Yang aku kasih dalam rindu

Selamat Ulangtahun kelahiran Si Bongsu
Kekasih Kecil Kesayanganku
Hanya Allah saja yang tahu
Betapa cintaku tiada pernah kaku
Dalam setiap penjuru waktu
Kenang-kenanganmu di dalam doaku

Membesarlah adikku,
Dengan cinta akan ilmu
Kerana itu akan membantumu
Saat gelita tanpa sumbu
Menjadi gadis idaman kalbu
Dengan akhlak mulia selalu.


Salam penuh rindu,
Alongmu


KAMAR ILHAM, PANDAN INDAH.

No comments:

Post a Comment