BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Tuesday, September 08, 2015

MELEWATI RESAH SEBUAH SENDIRIAN



Aku hanya mampu merenung sebuah sofa
Yang begitu dekat di tubir mata
Sambil melakar berjuta puisi cinta
Menyembunyikan suara resah derita
Perlu berjalannya sebuah masa
Untuk mendakap sebuah rasa

Kau tahu cinta,
Membawa sebahagian rasa
Adalah perkara paling menyeksa
Aku hanya mampu menyusun kata
Ikhlas memberitahu tentang cinta
Biarpun bersulam sedikit derita
Kerana merinduimu dalam diam
Adalah sebuah mimpi tidak terpadam
Barangkali aku perlu hapuskan watakmu
Dari terus berkubang di sanubari jiwaku

Kau camar di kayangan
Dan aku hanya rembulan
Di sepi perbibitan
Masakan bisa bergandingan
Jauh setinggi larikan awan
Sukar digapai impian

Aku tetap harus lewati sendirian
Tanpa sebarang teman
Namun aku punya tuhan
Maha mendengar segala rintihan
Biarlah aku kekal dalam kesepian
Melalui kelam suram malam kesendirian.



PADANG MERBOK, KUALA LUMPUR.

No comments:

Post a Comment