BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Sunday, September 23, 2012

SEBUAH GARIZAH SEPI




Ketika lemah menggapai sejahtera
Menepis setiap redup gelora
Laluan kesengsaraan membengkak minda
Waktu palsu pinggiran garizah sepi

Kepasrahan terpaut menanti gebar memori
Bergentayangan di laman hati
Melengkarkan harum sentuhan emosi
Diukir menyusup bebayang ilusi

Penghujung rintih sebuah sukar
Perjalanan indah lembah sanubari
Memunggut kerikil luka semalam
Dimaksumkan ke minda kosong
Hamparan kenikmatan kehidupan sejati.


ADNIE BAHIAH
KUALA LUMPUR.


P/S: Alhamdullilah.Puisi ini tersiar di Mingguan Malaysia pada 23.9.2012 (Ahad)

3 comments:

  1. alhamdullilah puisi pertama keluar sejak berada di Kuala Lumpur dan menjadi pelajar fakulti penulisan di ASWARA. Semoga ilham itu tidak akan pernah layu.

    ReplyDelete
  2. terima kasih,salam perkenalan juga! :D

    ReplyDelete