MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Sunday, September 23, 2012
SEBUAH GARIZAH SEPI
Ketika lemah menggapai sejahtera
Menepis setiap redup gelora
Laluan kesengsaraan membengkak minda
Waktu palsu pinggiran garizah sepi
Kepasrahan terpaut menanti gebar memori
Bergentayangan di laman hati
Melengkarkan harum sentuhan emosi
Diukir menyusup bebayang ilusi
Penghujung rintih sebuah sukar
Perjalanan indah lembah sanubari
Memunggut kerikil luka semalam
Dimaksumkan ke minda kosong
Hamparan kenikmatan kehidupan sejati.
ADNIE BAHIAH
KUALA LUMPUR.
P/S: Alhamdullilah.Puisi ini tersiar di Mingguan Malaysia pada 23.9.2012 (Ahad)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhamdullilah puisi pertama keluar sejak berada di Kuala Lumpur dan menjadi pelajar fakulti penulisan di ASWARA. Semoga ilham itu tidak akan pernah layu.
ReplyDeleteTahniah ya. Salam perkenalan.
ReplyDeleteterima kasih,salam perkenalan juga! :D
ReplyDelete