MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Monday, December 12, 2011
TUMPAHAN NYANYIAN PENA
Sewaktu menatap tumpahan pena
Pilu melupuskan kenangan itu
Sekalipun pemadam keikhlasan membubarkannya
Mempalitkan tautan tulisan minda
Nyanyian pena mengalir dakwat hatinya
Menumpahkan corak-corak perasaan
Pada sekeping nota putih kesetiaan
Melontarkan segala gelodak emosi
Ke sungai maruah dan lautan harga diri
Maka tinta berwajah galak
Tidak menenggelamkan maknawiah titisan pena
Membuka atma ruang-ruang fikir
Terus ghairah memasang arus
Catat dan ukir sepanjang musim
Bertali penghidupan aksara tuhan
Memperlihatkan pesona syahdu kata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment