BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, December 12, 2011

DARI JENDELA PUISI HATIKU






Kaukah yang mencipta gundah?
Hingga pena berlari ke daerah hati yang belum pasti
Dan aku mengukir sebuah kalam kalbu
Membiarkan kelopak mawar berbicara
Memekarkan janji tautan kasih kita
Rintih sukma menghantar selautan rindu didamba
Alunan angin mendodoi sengsara
Tangis hujan membaja wangian cinta

Aku pemuja pagi menanti cerah mentari
Menyinari cahaya kasih bahagia
Menyalakan segunung sayang
Untuk terus menemani siang

Aku pemuja malam berkelam
Mengukir senyuman indah bulan
Setia menghitung rintih kejora
Bersama mengulit mimpi megah cinta

Cinta ini akan tetap dihampar di sanubari dada
Hadirmu mengetip cinta pandang pertama
Menyulur halus ke jantung jiwa
Lalu bayangan wajahmu terlakar di tubir mata
Seumur hayatku cinta ini akan tetap menyala
Biarpun meleretkan kepiluan lara.

No comments:

Post a Comment