BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, December 12, 2011

TETAMU HATI




Tetamu yang menyinggah bingkai hatiku
Diulit resah mendamping pilu
Hati tetap berlagu
Walau pilu memamah kalbu
Segala cinta memenuhi sukma
Lecak kelabu hati terledak
Bingkitan suara rindu
Terasa mendamai pawana aksara
Yang bersatu dalam aliran ritmanya

Jiwa yang sebenarnya
Ibarat mendayung sebuah mimpi
Menugu ilham cinta sejenak
Dalam khayalan kasih misteri
Bersemi senyuman waktu dihujung lidah takdir
Seketika bersama air mata gulana peneman setia
Bangkit menugu kembali sebuah cinta

Biar terpercik irama ilham semalam
Teladankan pada hari esok
Bahawa sebuah ingatan impian
Tidak terledak kaku di situ
Meski lusuh diburu usia
Walau pudar dimamah ego masa
Masih merumpun segar tetamu hati
Biarpun aksara cinta masih berteka-teki sendiri.




No comments:

Post a Comment