BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Thursday, March 09, 2017

Ingatan Mac Kepada Februari



Feb,
tiada puisi lagi untukmu
Sehingga mac menegur hari itu
Senyumannya ghairah, aku tersipu malu
Ia masih bertanya tentang puisi masa lalu

Mac
Hari ini sunyi masih lagi berteleku,
puisiku masih basah diragut rindu
Aku ingin menulis puisi lagi
Supaya suara sepiku tidak menjerit sunyi

Mac
Hari ini aku basah kehujanan
Kesejukan dalam kesunyian
Seperti mendatar sebuah perasaan

Mac
Engkau masih tidak membuka pintu
Sudah beberapa hari aku melewati kamar tidurmu,

Mac
Malam ini tiada puisi yang menari-nari 
Didalam minda sepi
Ada cuma sebungkus hati
Jauh untuk kembali

Mac
Sembilan purnama rindu itu jatuh

Bertakung.


KAMAR IMPIANA PJ
9.3.2017

No comments:

Post a Comment