BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Thursday, March 09, 2017

AKU MENJADI ABADI




Setiaku menunggu bulan yang jauh
Agar suara hatiku nanti masih berbunyi riuh
Ketika kata-kata jatuh
Aku tidak sempat berteduh
Melarikan diri dari hujan yang luruh

Aku masih di sini
Setia sepi
Di dalam baris puisi
Kata-kata berkubang menusuk hati
Bayangnya bersembunyi
Resahnya bercampur baur
Kenangan bertabur
Aku pulang membawa sebahagian yang belum sempat dimiliki

Ketika bulan tak mampu lagi kurangkul
Carilah aku di dalam puisi
Kerana di situ jiwaku abadi
Menjadi puisi-puisi.


KAMAR IMPIANA, PJ
p/s: terbit di tunas cipta edisi disember 2017

No comments:

Post a Comment