Aku kembali memerhati
semalam
Tentang hal lewat
yang sudah terpadam
Aku lihat
lembaran tulisan
Tentang hal diri
yang kenyataan
Aku gerakkan
memori perjalanan
Seindah nafas
ciptaan tuhan
Aku mahu
menghirup kemanusiaan
Untuk setiap
sudut zaman.
KAMAR IMPIANA,PJ
8/4/2016
No comments:
Post a Comment