Tanam melati dekat-dekat,
Supaya senang dibaja
selalu;
Cinta hati tetap erat,
sentiasa tenang dalam
rindu.
Hendak menjerat seekor landak,
Umpan disisih tanpa
halia;
Hidup melarat tiada berkehendak,
Kerana kasih tetap
setia.
Mengambil padi di pasir kebumbun,
Dimakan biduk setinggi
kemuncup;
Apalah hati kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.
No comments:
Post a Comment