(KEPADA h)
Maaf untuk pagi kelmarin
Yang engkau masih tetap setia menungguku
Namun aku langsung tidak datang
Untuk menyempurnakan bahagian mimpimu
Melunaskan seberapa kerat janji
Sedangkan kau mahu lihat senyumanku
Yang belum kau jumpa dibalik minggu
Kau resah termangu di situ
Menunggu seberapa berjalannya waktu
Dan aku tetap juga tidak datang menemuimu
Maaf, aku bukan penyempurna mimpimu
Dan adakah kau akan tetap terus menunggu
Dalam berjalannya tinta waktu
Biarpun aku kekal terus membisu?
PADANG
MERBOK, KUALA LUMPUR
16 JUN 2015
No comments:
Post a Comment