BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Tuesday, June 30, 2015

DI SUATU SUDUT SUBUH SUNYI, YANG ADA CUMA SEKEPING HATI SEBUAH SEPI


(I)
Hanya mimpi yang dihantar lewat dinihari
masa yang menghambat sebuah takdir sepi
dia terjaga dan semangatnya tiada
yang ada cuma rasa yang menyusahkan
untuk dia fikir sebuah kehidupan
yang perlu dia teruskan,
bagaimana semangat jiwanya menerpa
dalam membelah sebuah keinginan nyata

(II)
Di suatu sudut subuh sunyi
di kawasan penuh ngeri
yang ada cuma sebuah sepi
dalam warna sekeping hati
resah rasa makin mengakrabi
membentuk nurani sebuah mimpi

(III)
Dia mungkin adalah hujan yang mencurah
menjadi aspal-aspal berhati basah
dan kekal berdebunga gundah.

ADNIE BAHIAH
PANDAN INDAH


p/s: alhamdullilah, terbit di Mingguan Malaysia pada 28 Jun 2015.

No comments:

Post a Comment