BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Monday, November 10, 2014

AKU DAN SEKEPING KENANGAN LALU



Aku tercicir buku puisiku
maaf, lewat senja kelmarin kutemui
rupanya tersembunyi di sisi laci

aku selak lembaran tulisan jiwa lalu
yang ikhlas memperkatakan tentangmu
rupanya, aku adalah antara suara-suara rela
membisik doa terus melepaskan saja kau

di sisiku, pada saat senja
dan ketika hujan menyentuh manja
kau senandungkan lagu syahdu
aku pula catatkan puisi rindu

kujamah senyum ikhlasmu
kerana katamu
 tak usah selalu sangsi
 tak usah juga larut dalam sepi
kau membingkiskan sekuntum mawar merah nan mekar

kataku:
 aku masih hidup dalam kenangan itu
 biarpun tahun-tahun aku laluinya
 menderu pilu


9 November 2014

No comments:

Post a Comment