BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Friday, December 20, 2013

MENDONGAK DI LANGIT AKAL





Mendongak di langit diri

Di hujung gemawan melambung mimpi

Sejauh mana raga berlari

Setekad itu mahu digapai

Menyerbu takdir yang Maha Tinggi



Bergulat emosi rasa menggila

Tertakjud pada tumpah wajah jelita

Kian terlarut lunak senyumannya

Rakus sanubari dicemari noda

Kelumpuhan jiwa sebuah emosi



Sebenarnya menelusi fatamorgana kehidupan

Memerlukan halaman akal kemanusian

Bukan menghitung angka kosong

Yang zulmatnya sedikit terpesong

Dari arus yang perlu diapung.







ADNIE BAHIAH

Pandan Puteri, Kuala Lumpur

2 comments:

  1. keindahan bahasa yang mengetuk minda. nice. singgah dan follow sini.. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara, sekadar kecintaan kepada bahasa :)

    ReplyDelete