MUKA MAYA
BILA CINTA KERANA ALLAH...
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)
Tuesday, October 29, 2013
SEKUDUS RASA
Aku mahu cinta itu sentiasa berdenyut
Dalam setiap resah nadi hayat
Aku tulis rasa perasaan yang tersenyum
Seperti senja jingga pagi
Nyaman membersihkan pelosok ilahi
Aku mahu rindu itu sentiasa bernyanyi
Dalam riuk-rendah suara sanubari
Mengukir intan pada halaman jiwa
Madah makna membuahkan rasa bahagia
Yang aku ketepikan semua resahnya.
Cinta aku adalah sepi
Menjawab persoalan hati
Yang engkau bangkitkan dari dewasa mimpi
Menyusuri lautan salju riwayat
Tidak akan menyerah pada pasungan pasrah
Denai rasa yang senantiasa menggusari
Itulah sekudus rasa yang pasti.
ADNIE BAHIAH
ASWARA, KUALA LUMPUR.
*PUISI INI TERSIAR DI DEWAN SISWA EDISI OKTOBER 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment