BILA CINTA KERANA ALLAH...

‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏‏بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Tuesday, October 29, 2013

HIJAB SEORANG PENCINTA


Melimbas ruang amarah
Terkubur menjadi penjara musim
Ada lagu kehidupan dikering kontangkan
Mengikut gelora emosi
Tandus panduan hijab hati

Rakus memburu gulana cemburu
bergantung paluan sanubari resah
dikejar hingga lautan biru
sebelum jasab dan roh terpisah

sarungkan hijab ilahi dendammu
jangan menusuk hingga kalbu
tiupkan iman cantuman dirimu
biar bahagia kekal menggebu
mengatur tafakur yang luntur
tukangkan sejahtera pasrah dan akur
kekal seorang pencinta rindu
kepadaNYA tuhan yang Satu
ALLAHUAKHBAR !

ADNIE BAHIAH
KOTA BHARU

p/s puisi ini tersiar di utusan melayu pd 19/8/2013

No comments:

Post a Comment